Fauziah Latiff – Terima Kasih Teman lyrics

Kesuraman malam ku bagai tidak berbintang
Kerana kesepian tiada berteman
Kemanakah hilangnya kejujuranmu insan
Adakah hanya di waktu ku keriangan

Pudar sudah segala kepercayaan
Terhadap insan yang ku gelarkan teman
Aku tidak mahu lagi diriku dipermainkan
Oleh janji yang tak ditepatkan

Tapi kini kecurigaanku berakhir
Kau hadir di waktu aku memerlukan ketenangan
Walau di mana saja ku berada
Kau pasti tetap bersama sepanjang masa
Kau beri kekuatan dan keyakinan
Untuk tabah menghadapi masa hadapan

Biarpun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halangan
Asalkan kita jujur sesama insan
Kebahagiaan pasti berpanjangan
Terima kasih duhai teman...

Submitted by Guest